Tips memilih tudung mengikut warna kulit yang bersesuaian adalah sangat penting bagi menaikkan seri wajah terutama pada majlis-majlis penting. Gunakan tips mudah ini untuk padankan warna tudung dengan warna kulit anda.
Pemilihan warna yang salah boleh menyebabkan kita kelihatan pucat serta tidak menyerlah.
1. kulit Putih Cerah
Untuk anda yang berkulit putih biasanya korang sesuai dipadankan dengan kebanyakan warna. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yg paling sesuai untuk anda adalah warna-warna solid sep
erti hijau, merah, hitam, biru terang, dan unggu.
Ada juga warna yang harus dielakkan iaitu warna yang terlampau lembut seperti warna pastel, dan beige sebab akan menyebabkan kulit anda bertambah pucat. Warna putih juga harus dielakan.
2. Kulit Kuning Langsat
Untuk anda yang berkulit kuning langsat, anda sesuai mengayakan warnawarna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, dan biru.
Anda harus mengelakan warna krim, coklat dan oren kerana warna tersebut akan membuat anda kelihatan pucat.
3. Kulit Hitam Manis
Untuk yg berkulit gelap adalah sesuai dengan warna cerah dan ceria, merah jambu, hijau, lavender, dan royal blue kerana warna ni mencerahkan lagi kulit anda.
Semestinya anda yang berkulit gelap adalah lebih cerewet dalam pemilihan warna tudung ini jadi anda harus mengelak warna tudung yang gelap seperti hitam, hijau gelap dan warna-warna gelap yang lain. Hal ini kerana warna ini membuat kulit anda nampak lebih malap.
4. Kulit Sawo Matang
Untuk anda yang berkulit sawo matang, pemilihan warna pastel & warna gelap merupakan pilihan yg terbaik kerana akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Sebagai contoh memilih warna krim, navy, unggu, hitam, dan warna pastel dapat meyerlahkan kulit anda.
Awas ! Warna yang harus anda elakkan adalah warna kelabu dan coklat gelap kerana warna tersebut boleh menyebabkan kulit anda kelihatan bertambah gelap.
Senang ada katalog sampel warna begini, boleh jadi rujukan, thanks ;)
Artie pun ada sediakan sampel warna tudung bawal di blog Artie disini https://galeriartie.com/warna-bawal .
Semoga dapat dimanfaat semua ;)